21 Julai 2014. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor telah menghulurkan sumbangan keperluan harian dan duit raya kepada para pelajar di Madrasah Darul Istiqamah Pondok dan Tahfiz di Simpang Baba, Muar.
Dalam majlis yang berasingan, Pentadbiran Pusat Pemulihan Akhlak Muar ,Johor telah mengaturkan urusan pembayaran Zakat Fitrah kepada semua warga kerja di Bilik Tetamu, PPA Muar yang dilaksanakan oleh amil dari Jabatan Agama Islam Daerah Muar.
Begitu juga tidak ketinggalan aktiviti pembayaran zakat firah kepada penghuni. Ianya bertujuan untuk mendidik tahanan memahami tanggungjawab sebagai seorang muslim walaupun sedang menjalani penahanan.
""